Friday, November 23, 2012

Teman Pengganti - Black and Malique




 Intro:  Gm  Cm  F  Bb  D
Gm    
Ketawa bersama
Cm
Menangis bersama
F
Ku bersumpah harap kita
Bb            D
Mati pun bersama

Gm
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Cm
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
F
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Bb
Aku redha walau tidak ku damba
                              D
Walau hampa semuanya dah dijangka

Gm
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Cm
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
F
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Bb
Segalanya kan berubah
                           D
Dengarkan apa yang ku mahu luah
*Gm
Rahsia ini
Cm
Telah lama ku pendamkan
F
Tiba masanya
Segala-galanya
Bb            D
Ku ceritakan
Gm
Aku kan pergi
           Cm
Pergi ku tak akan kembali
F
Tiba masanya
             Bb         D
Kau cari teman pengganti
(repeated playing Gm Cm F Bb D till the end)

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Repeat (*)

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Komen Aku: Memula aku dengar lagu ni dalam kereta... memang familiar lagu lama Noor Kumalasari masa tang intro... tetiba apsal pulak macam suara black and lenggok lagu dah jadi lain.. then ada plak part rap.. sah mesti Malique gabung dengan Black mentor ni... and memula aku dah rasa macam sedap lak gabungan dua orang ni... and pasal kecoh lagu ni diciplak dari lagu Noor Kumalasari tu tak timbul la kut... pasal dia ambik tang intro lagu Noor Kumalasari je... bukan semua sekali... anyway... lirik dan video klip official lagu nih memang terrrbaikkk... bawah ni video klip untuk lagu Teman Pengganti ni yer... Semoga boleh layak dan boleh bawak lagu terbaik AJL 27.. 2012/2013...




Kat bawah ni plak lagu Noor Kumalasari - Hati Seorang Kekasih...