Pepagi Isnin memandu untuk ke tempat kerja... Aku pun biasa la bukak radio... bukak radio kegemaran aku untuk dengar celoteh dua orang deejay ni... tetiba jer ader caller call dan cakap dia pilih Mawi... pastu... dengar pulak sang deejay cakap taknak pilih Siti ker... aku pun terpikir... aper ke bendenyer yg diorang cakap... rupanya.. tanya... malam ni nak tengok rancangan apa... rancangan perkahwinan Siti and Dato' K atau rancangan Mawi-Ina yang di hostkan di stesen tv yang berlainan secara serentak... lerr... pasal tu pun boleh jadik topik pagi ker... secara logiknya... aku terpikir la... maybe ni la yang dinamakan persaingan kan... macam stesen tv... diorang bersaing untuk dapatkan penonton untuk melihat rancangan rancangan mereka... tu ada yang sampai sanggup taja perkahwinan penyanyi no 1 negara dengan jumlah hampir RM2 juta.. tak tau la... mane aku tengok nilai tu... kalau tak betul... still aku tak faham... dah hampir 4 minggu... setiap minggu ader sahaja program yang di buat sempena perkahwinan artis nih... ada yang jemput wartawan... sahabat handai.. dan juga kaum kerabat yang ada kaitan dengan artis no 1 negara ini... yang aku tak puas hati... penonton-penonton yang datang... bab bab ketawa tu macam di buat buat... yang aku pelik kan apa.. macam banyak bangsa asing pulak yang datang... yang sepet sepet pulak yang melebih lebih ketawa... dan malam ni pulak bakal berlangsung perkahwinan yang dilakukan secara Sederhana Tetapi Meriah yang diwar-warkan... marilah kita tengok malam ini apakah yang di namakan kesederhanaan tu... ehhh... nak tengok kerr... aku rasa.. daripada dalam radio yang aku dengar tadi... ramai lagi nak tengok Mawi dan Ina ditemuramah... yerla.. secara eksklusif tu... dan diberitahu awal awal... tiada ulangan... kalau ada pun maybe dalam youtube... atau yang rajin untuk jadikan dalam bentuk video untuk di download di torrent-torrent untuk tatapan rakyat Malaysia... yang ni pun satu hal... punya la nak bersaing... nak dapatkan rating penonton tinggi.. sanggup pulak nak jemput dua orang yang telah putus tunang khabarnya... dan buat temubual eksklusif dan tidak akan ditayangkan semula... ape kejadahnya? (ala-ala ungkapan pemberita edisi siasat)... aku tak leh nak pikir dah aper sebenarnya pihak-pihak nih cuba nak dapatkan... dengan jemput tuan punya badan beserta bekas tunangnya... dan menemubual mereka... berapa agaknya pulak yang imbuhan yang diberi kepada mereka berdua nih untuk menjayakan rancangan stesen tv ni pulak... so... bila pikir pikir... apa yang menyebabkan benda benda nih berlaku... semua sebab D.U.I.T (Dapat Untung, I Terimaje) la kut.... aku pun tak tau la aper aku nak sampaikan... sebab siti situ sana sini, akhirnya Mawi-Ina jugak orang akan tengok... aku pulak... maybe tersangkut dalam jam lagi hari nih....
Monday, August 28, 2006
Siti Situ Sana Sini vs Mawi-Ina
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment