Pagi Selasa... pagi selepas dua peristiwa penting dalam sejarah industri penyiaran negara... malam tadi... merupakan malam yang aku rasa betul-betul mengundang rasa tak puas hati pada ramai orang... tak puas hati dengan jawapan-jawapan yang di berikan oleh kedua - dua... ehh... lupa aku nak cakap... malam tadi berlangsungnya wawancara khas yang dikelolakan oleh dua buah stesen tv yang bergabung tenaga untuk membuat satu rancangan khas wawancara Mawi-Ina, untuk mengetahui selok belok nak menyelongkar apa yang telah terjadi pada kedua-duanya sehingga terputusnya tali pertunangan mereka. Tu yang aku cakap tadi, mesti ramai yang tengok tak puas hati dengan jawapan-jawapan yang mereka tunggu, tak puas hati dengan orang yg ditemubual... dan sebagainya... nasib jugak aku dapat mendengar dari dalam kereta wawancara yang tidak akan disiarkan semula dan eksklusif hanya pada malam tadi saja... so sesiapa yang terlepas tu... boleh la mengharapkan adanya video tersebut dari youtube ataupun melalui torrent... satu lagi peristiwa penting yang berlaku malam tadi adalah wedding of the decade yang dilangsungkan dengan Sederhana Tapi Meriah... memang sederhana betul dari apa yang aku tengok... sederhana dari segi kesederhanaan majlis tu... kalau bagi bintang kesederhanaan majlis tu memang sederhana la aku leh bagi... maybe tak cukup tinggi untuk diletakkan sebagai majlis yang sederhana... ehhh.. aku bukan nak cerita pasal tu... semasa berita utama pukul 8 stesen penyiaran yang dapat hak untuk buat siaran secara langsung majlis persandingan tu... ada pula dikeluarkan kepada penonton untuk membuat undian sms adakah patut rancangan Mawi-Ina diadakan serentak dengan Perkahwinan Penyanyi No 1 negara... memang kelakar bila aku tengok benda tu... dan di akhirnya... 61% tidak setuju kedua-dua acara dijalankan serentak... yang aku pelik... ader ker yang nak sms dan bazirkan duit mereka hanya untuk dapatkan... agaknya statistik tu pun pakai taruk jer... pasal tak puas hati punya pasal ada yang nak buat siaran yang boleh menggugat rating stesen berkenaan yang bakal menyiarkan perkahwinan dekad ini... Bila dipikir-pikir... yang buat wawancara istimewa tu pun buat sebab tak puas hati... maybe sebab tak dapat apa-apa dari perkahwinan penyanyi no 1 negara tu... sebab hanya satu stesen tv sahaja yang dibenarkan membuat liputan... yerla... penyanyi tu pun asalnya naik pun dari stesen tv yang paling tua kat negara ni... tapi... bila buat wedding... macam takde apa apa pun di buat untuk membalas jasa stesen tv tu... maybe stesen tv tua ni tak puas hati... langsung membuat collaboration dengan stesen tv yang paling banyak channel tu dan membuat satu temubual eksklusif yang bakal menarik sejumlah besar penonton untuk menyaksikannya... yang best... malam tadi... kedua-dua siaran yg dipancarkan tiada siaran ulangan... jadi penonton kena pilihla yang mana satu menjadi pilihan hati... rasanya... ramai yang tak pernah pegang remote control pun terpaksa bermain-main dengan remote untuk menukar rangkaian berselang seli setiap kali iklan atau adegan yang dirasakan membosankan dipertontonkan di kaca tv... ramai jugak la yang mengeluh daripada seronok dengan apa yang dipertontonkan... mengeluh... tapi still nak tengok... maknanya hati penonton yang tengok tak puas dengan apa yang dipertontonkan... banyak sangat ketidak puasan hati daripada apa yang berlaku malam tadi... sebelum, semasa dan sesudah kejadian.... tak puas hati nya pasal... memacam orang boleh buat... tak puas hati nya pasal... orang tak kisah apa yang dipertontonkan tu sesuatu yang elok atau cuma membuatkan lagi ramai tak puas hati... tak puas hatinya pasal... stesen tv nih sanggup berperang semata-mata untuk dapatkan rating yang tinggi untuk penonton... dan tak puas hati nyer pasal... aku lak tulis panjang-panjang... pada sesapa yang tak puas hati... sila hantar komen dan pendapat anda di alamat berkenaan:Aku Tak Puas Hati Punya Rancangan,
Stesen Siaran Buat Untung Apa Aku Nak Kesah,
Jalan Ikut Suka Hati Diorang Je Nak Buat Apa,
Lorong Hati Gelap Dengki Khianat,
Poskod $$$$$, Kuala Emas.
Huh... aku rasa saluran darah aku macam mengembang kat dalam kepala...
2 comments:
berapa banyak tak puas hati daaaaaaaaa
apa laa..takda diskaun ka utk ketidakpuasan hati tu..
Post a Comment