Monday, August 13, 2007

Selamat Pengantin Baru to Mleo and Whosend

Kuang, Ahad 3 Ogos - Berlangsungnya majlis persandingan pasangan Mleo dan Whosend. Semalam, nak dijadikan cerita, aku leh terlelap dan terlajak bangun... sampai2 aku kat Sungai Buluh Shell tu semua kengkawan dah pun siap menunggu sambil bercekak pinggang (tu aku yg tambah)... sebab aku dah lewat kat sejam kut... seb baik la semua nak tunggu... so terus la semua menuju ke Kuang tu... seb baik la majlis tak habis lagi... memang la tak habis.. baru pukul 2 daaa..
Sampai-sampai jer rombongan malaysianbowlers.com ni... majlis tepung tawar sedang di adakan... ada dua tiga orang ahli sempat jugak menepung tawar... antaranya axa87 dan anakcemut(nak ambik berkat la tu kut)... lepas tu.. aper lagi.. semua terus berbaris untuk upacara makan... biasa la aku kalau kenduri... memang aku save perut aku dari pagi nak melantak kat rumah kenduri... memang sedap ler masakan kenduri kat belah Mleo ni...
Haaa.. lupa plak nak citer.. nih aku nak citer sket la.. apa kaitan pasangan pengantin baru nih... Whosend (nama sungguh dia Hussin Bin Khamis) aku kenal semenjak kat KYPMKL... ni study sama sama la tapi tak sama course... masuk MMU Melaka... dia kerja kat sana... so aku la yang memula ngambik dia dengan moto buruk aku ABV 4757... hehehe... teringat lak kenangan lama... so... dari situ aku baru kenal rapat la dengan dak Husin nih... dia nih plak satu geng dengan Pakku (Budak Seni Bintang) yang memang kawan aku dari KYPMKL dulu... geng-geng takraw... manakala Mleo (Hamisah Redzwan memang nama sebenar) plak... aku kenal lepas aku masuk malaysianbowlers.com... memula aku kenal... mleo nih memang dasyat ler aku tengok... maksud aku yang dasyat tu dia main bowling... jarang aku tengok dak pompuan main hook macam mleo... step dia main tu memang smart la bagi aku... tak kisah la score dia camner kan...
So nak di jadikan cerita... aku leh termessage Pakku... kat YM la nih... tanyer habaq... tanya ader main game aper... sajer aku pancing layan bowling tak... sekali dia kata memang dia baru nak berjinak2 dalam bowling nih... so aku pun ngajak la diorang join gathering MB... masa tu kat Mines tak silap aku... first gathering Pakku dgn Whosend (Whosend baru tukar kerja kat MMU Cyberjaya)... dgn Dassler sekali... Alhamdulillah lepas lepas tu... diorang ni pun aktif... and sekali tuh.. entah camner leh terbocor rahsia yang whosend dgn mleo nih rupanya dah bercinta... camna la aku leh tak tau... dediam jer diorang nih... tu pun akibat terkantoi sms si mleo... Seronok sangat dapat tengok dua-dua orang nih selamat di ijabkabulkan semalam... At least terasa gak aku ada memainkan peranan dalam takdir yang telah menetapkan dua insan ini bertemu jodoh... Macam pepatah kata "husin di MMU... Mleo di UM... Dalam MB bertemu jugak"... ahhhh.. apesal plak semacam ayat aku nih... So sekali lagi aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Hamisah dan Husin... Double H tu.. semoga kekal ke akhir hayat...

Gambar Ihsan Manik-manik Kayangan

No comments: