Tuesday, April 10, 2012

Aku Maafkan Kamu - Jamal Abdillah feat Malique



Chord : Very Simple, just play Am Dm E Am repeat all over again...

Lyric :

Ada teratak di hujung kampung
 Bawah cermin kopak ada kotak
 Tersembunyi dalamnya ada tempurung
 Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
 Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
 Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
 Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
 Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
 Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
 Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
 Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
 Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
 Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
 Halusinasi susuli ketandusan ihsan
 Ubat parut auditori kesan artileri insan
 Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
 Tak perlu kita bertemu
 Cukup kau tahu
 Yang aku
 Maafkan kamu
 Tolong teruskan hidup
 Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
 Acapkali terpendam, acapkali tersergam
 Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
 Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
 Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
 Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
 Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
 Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
 Maafkan mereka, mereka tidak tahu
 Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
 Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
 Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
 Maafkan mereka, mereka tiada nilai
 Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
 Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
 Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
 Baling ku ramit kucup lehernya
 Terlalu rahi dendam di angan
 Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
 Tak perlu kita bertemu
 Cukup kau tahu
 Yang aku
 Maafkan kamu
 Tolong teruskan hidup
 Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
 Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
 Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
 Kalau terpelajar sila guna hak miranda
 Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
 Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
 Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
 Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
 Ada teratak di hujung kampung
 (Ba)
 Bawah cermin kopak ada kotak
 (Ta)
 Tersembunyi dalamnya ada tempurung
 Sembunyi bawahnya katak melalak

Ada teratak di hujung kampung
 Bawah cermin kopak ada kotak
 Tersembunyi dalamnya ada tempurung
 Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
 Tak perlu kita bertemu
 Cukup kau tahu
 Yang aku
 Maafkan kamu
 Tolong teruskan hidup
 Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
 Bawah cermin kopak ada kotak
 Tersembunyi dalamnya ada tempurung
 Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Komen aku : Aku suka lagu ni pasal lirik dia yang aku sampai sekarang takleh nak paham... bahasa Malique pakai ni terlalu dalam... maybe pasal scenario semasa... maybe pasal diri sendiri... Wallahualam... kena Malique sendiri yang cerita la apa yang dia cuba nak sampai through this song... Lagu Bawaku Pergi after dah kena haram baru Malique nak kongsi apa yang tersirat di sebalik lagu tu... so... agaknya nak kena haramkan lagu Aku Maafkan Kamu ni baru Malique nak kongsi apa yang tersirat di sebalik lagu ni kot... hahaha.. gurau jer Malique... jangan marah....

No comments: