Tuesday, August 29, 2006

Yang Berlalu...Tak Berulang - Lotter


Lagu : Nerves Pretty UglyLirik : Loloq


Am E

Baruku sedar bintang
Am G
Rupa-rupanya mentari
F E
Seluas lautan
F E
Pasir tak terbilang
Am E

Baruku sedar Kasih
Am G
Rupa-rupanya Nurani
F E
Meneman di jiwa
F E
Cinta tak terbayang
Chorus :

Am G
Engkau bukti cinta
F E
Bukti cinta sebenarnya
Am G
Aku jatuh cinta
F E
Jatuh cinta keranamu
Am G
Engkau bukti cinta
F E
Bukti cinta sebenarnya
Am G
Aku jatuh hati
F E
Jatuh hati jadinya
Am E

Baruku sedari rindu
Am G
Rupa-rupanya gurauan
F E
Bicara asmara
F E
Melamar di jiwa
Am E

Baruku sedar cinta
Am G
Rupa-rupanya pakaian
F E
Sang Adam dan Hawa
F E
Berbisik di syurga


Bridge :

F
Katakanlah
G
Apa saja yang terbuku
F
Usahlah malu
E
Biarkan cinta tunggu uh..uh..
F G

Demi masa
F G
Lintas sehala
F G
Yang berlalu
Em Am F G
Tak terulang

Komen Evildead :

Lagu yang menjadi taruhan Lotter untuk konsert final AF4, dan ternyata lagu ini merupakan lagu yang paling menarik untuk didengari semasa konsert berkenaan. Ciptaan Neves - Pretty Ugly. Bagi aku, lagu ni cukup simple, tapi melodinya senang diterima oleh pendengar, kekuatan lagu nih semasa part chorusnya... dan sesuai dengan suara lotter yang agak keras tu...

Tak Puas Hati Punya Cerita

Pagi Selasa... pagi selepas dua peristiwa penting dalam sejarah industri penyiaran negara... malam tadi... merupakan malam yang aku rasa betul-betul mengundang rasa tak puas hati pada ramai orang... tak puas hati dengan jawapan-jawapan yang di berikan oleh kedua - dua... ehh... lupa aku nak cakap... malam tadi berlangsungnya wawancara khas yang dikelolakan oleh dua buah stesen tv yang bergabung tenaga untuk membuat satu rancangan khas wawancara Mawi-Ina, untuk mengetahui selok belok nak menyelongkar apa yang telah terjadi pada kedua-duanya sehingga terputusnya tali pertunangan mereka. Tu yang aku cakap tadi, mesti ramai yang tengok tak puas hati dengan jawapan-jawapan yang mereka tunggu, tak puas hati dengan orang yg ditemubual... dan sebagainya... nasib jugak aku dapat mendengar dari dalam kereta wawancara yang tidak akan disiarkan semula dan eksklusif hanya pada malam tadi saja... so sesiapa yang terlepas tu... boleh la mengharapkan adanya video tersebut dari youtube ataupun melalui torrent... satu lagi peristiwa penting yang berlaku malam tadi adalah wedding of the decade yang dilangsungkan dengan Sederhana Tapi Meriah... memang sederhana betul dari apa yang aku tengok... sederhana dari segi kesederhanaan majlis tu... kalau bagi bintang kesederhanaan majlis tu memang sederhana la aku leh bagi... maybe tak cukup tinggi untuk diletakkan sebagai majlis yang sederhana... ehhh.. aku bukan nak cerita pasal tu... semasa berita utama pukul 8 stesen penyiaran yang dapat hak untuk buat siaran secara langsung majlis persandingan tu... ada pula dikeluarkan kepada penonton untuk membuat undian sms adakah patut rancangan Mawi-Ina diadakan serentak dengan Perkahwinan Penyanyi No 1 negara... memang kelakar bila aku tengok benda tu... dan di akhirnya... 61% tidak setuju kedua-dua acara dijalankan serentak... yang aku pelik... ader ker yang nak sms dan bazirkan duit mereka hanya untuk dapatkan... agaknya statistik tu pun pakai taruk jer... pasal tak puas hati punya pasal ada yang nak buat siaran yang boleh menggugat rating stesen berkenaan yang bakal menyiarkan perkahwinan dekad ini... Bila dipikir-pikir... yang buat wawancara istimewa tu pun buat sebab tak puas hati... maybe sebab tak dapat apa-apa dari perkahwinan penyanyi no 1 negara tu... sebab hanya satu stesen tv sahaja yang dibenarkan membuat liputan... yerla... penyanyi tu pun asalnya naik pun dari stesen tv yang paling tua kat negara ni... tapi... bila buat wedding... macam takde apa apa pun di buat untuk membalas jasa stesen tv tu... maybe stesen tv tua ni tak puas hati... langsung membuat collaboration dengan stesen tv yang paling banyak channel tu dan membuat satu temubual eksklusif yang bakal menarik sejumlah besar penonton untuk menyaksikannya... yang best... malam tadi... kedua-dua siaran yg dipancarkan tiada siaran ulangan... jadi penonton kena pilihla yang mana satu menjadi pilihan hati... rasanya... ramai yang tak pernah pegang remote control pun terpaksa bermain-main dengan remote untuk menukar rangkaian berselang seli setiap kali iklan atau adegan yang dirasakan membosankan dipertontonkan di kaca tv... ramai jugak la yang mengeluh daripada seronok dengan apa yang dipertontonkan... mengeluh... tapi still nak tengok... maknanya hati penonton yang tengok tak puas dengan apa yang dipertontonkan... banyak sangat ketidak puasan hati daripada apa yang berlaku malam tadi... sebelum, semasa dan sesudah kejadian.... tak puas hati nya pasal... memacam orang boleh buat... tak puas hati nya pasal... orang tak kisah apa yang dipertontonkan tu sesuatu yang elok atau cuma membuatkan lagi ramai tak puas hati... tak puas hatinya pasal... stesen tv nih sanggup berperang semata-mata untuk dapatkan rating yang tinggi untuk penonton... dan tak puas hati nyer pasal... aku lak tulis panjang-panjang... pada sesapa yang tak puas hati... sila hantar komen dan pendapat anda di alamat berkenaan:

Aku Tak Puas Hati Punya Rancangan,
Stesen Siaran Buat Untung Apa Aku Nak Kesah,
Jalan Ikut Suka Hati Diorang Je Nak Buat Apa,
Lorong Hati Gelap Dengki Khianat,
Poskod $$$$$, Kuala Emas.
Huh... aku rasa saluran darah aku macam mengembang kat dalam kepala...

Monday, August 28, 2006

Siti Situ Sana Sini vs Mawi-Ina



Pepagi Isnin memandu untuk ke tempat kerja... Aku pun biasa la bukak radio... bukak radio kegemaran aku untuk dengar celoteh dua orang deejay ni... tetiba jer ader caller call dan cakap dia pilih Mawi... pastu... dengar pulak sang deejay cakap taknak pilih Siti ker... aku pun terpikir... aper ke bendenyer yg diorang cakap... rupanya.. tanya... malam ni nak tengok rancangan apa... rancangan perkahwinan Siti and Dato' K atau rancangan Mawi-Ina yang di hostkan di stesen tv yang berlainan secara serentak... lerr... pasal tu pun boleh jadik topik pagi ker... secara logiknya... aku terpikir la... maybe ni la yang dinamakan persaingan kan... macam stesen tv... diorang bersaing untuk dapatkan penonton untuk melihat rancangan rancangan mereka... tu ada yang sampai sanggup taja perkahwinan penyanyi no 1 negara dengan jumlah hampir RM2 juta.. tak tau la... mane aku tengok nilai tu... kalau tak betul... still aku tak faham... dah hampir 4 minggu... setiap minggu ader sahaja program yang di buat sempena perkahwinan artis nih... ada yang jemput wartawan... sahabat handai.. dan juga kaum kerabat yang ada kaitan dengan artis no 1 negara ini... yang aku tak puas hati... penonton-penonton yang datang... bab bab ketawa tu macam di buat buat... yang aku pelik kan apa.. macam banyak bangsa asing pulak yang datang... yang sepet sepet pulak yang melebih lebih ketawa... dan malam ni pulak bakal berlangsung perkahwinan yang dilakukan secara Sederhana Tetapi Meriah yang diwar-warkan... marilah kita tengok malam ini apakah yang di namakan kesederhanaan tu... ehhh... nak tengok kerr... aku rasa.. daripada dalam radio yang aku dengar tadi... ramai lagi nak tengok Mawi dan Ina ditemuramah... yerla.. secara eksklusif tu... dan diberitahu awal awal... tiada ulangan... kalau ada pun maybe dalam youtube... atau yang rajin untuk jadikan dalam bentuk video untuk di download di torrent-torrent untuk tatapan rakyat Malaysia... yang ni pun satu hal... punya la nak bersaing... nak dapatkan rating penonton tinggi.. sanggup pulak nak jemput dua orang yang telah putus tunang khabarnya... dan buat temubual eksklusif dan tidak akan ditayangkan semula... ape kejadahnya? (ala-ala ungkapan pemberita edisi siasat)... aku tak leh nak pikir dah aper sebenarnya pihak-pihak nih cuba nak dapatkan... dengan jemput tuan punya badan beserta bekas tunangnya... dan menemubual mereka... berapa agaknya pulak yang imbuhan yang diberi kepada mereka berdua nih untuk menjayakan rancangan stesen tv ni pulak... so... bila pikir pikir... apa yang menyebabkan benda benda nih berlaku... semua sebab D.U.I.T (Dapat Untung, I Terimaje) la kut.... aku pun tak tau la aper aku nak sampaikan... sebab siti situ sana sini, akhirnya Mawi-Ina jugak orang akan tengok... aku pulak... maybe tersangkut dalam jam lagi hari nih....

Friday, August 25, 2006

Kenangan Terindah - Samson

Intro : C Am F C
C
Aku yang lemah tanpamu
Am
Aku yang rentan karena
F C
Cinta yang tlah hilang darimu yang mampu menyanjungku
C
Selama mata terbuka
Am
Sampai jantung tak berdetak
F C
Selama itupun aku mampu untuk mengenangmu
Dm Am
Darimu...Kutemukan hidupku
Dm Am
Bagiku...Kaulah cinta sejati
F D G F Em G
yeee huuuUuuuuuu.....uuuuu....uuuuuu


C G
Reff : Bila yang tertulis untukku
Am Em
Adalah yang terbaik untukmu
F C
Kan kujadikan kau kenangan
Dm G
Yang terindah dalam hidupku
C G
Namun takkan mudah bagiku
Am Em
Meninggalkan jejak hidupku
F C
Yang tlah terukir abadi
Dm G
Sebagai kenangan yang terindah

Intro : Am G C
Am G F
F#m G G#m

Am G F G
Ooooo...ooooo...ooooo
Back To : Reff (2x)

Komen evildead:

Lagu nih agak lain dari yang lain, suara typical band Indon, arrangement musik yang simple tapi cathcy, suara berlatarkan wanita yang berjaya mengisi kekosongan lagu nih. Lirik puitis la kut... aku rasa la....

Hujan

Hujan dah seminggu berlarutan... asal dekat pukul 4... mula la lebat tak ingat... dengar cerita pasal depa tembak langit nak bagi langit tu pedih dan menangis sebab jerebu kat KL nih dah teruk balik... Aku tulis pasal ni pun sebab aku tengah terperangkap kat dalam office... kereta yang aku parking kat concorde tak boleh keluar sebab banjir dah sampai tahap pinggang kat depan nya... naya jer kalau aku keluar sekarang... Semalam jer dekat 3 jam tersangkut depan KLCC.... that was the worst jammed yang pernah aku lalui sejak bergelar pemandu berlesen... hari nih... daripada merasa sakit tekan clutch, baik aku duk kat office... paling tak hangat sikit sebab aircond dah off after office hour... Ni buatkan aku terpikir nak pakai moto... atau maybe naik pengankutan awam... tapi.. bab berjalan nih... aku memang pemalas... tak larat nak
berhimpit dan bersesak sesak... kan aper... kesian orang lain yang duduk sebelah aku nak bau peluh yang keluar tak henti henti dari aku... aku nih terlebih sihat barangkali... senang sangat berpeluh... makan pun berpeluh... ehhh.. aper daa aku citer pasal peluh nih... tapi... peluh nih pun lebih kurang macam hujan yang turun sekarang ni la kan... cuma hujan di KL nih... dapat dua jam lebat jer... pepaham la nak alihkan kereta dari tempat yang senang nak banjir tu... atau tak... siap sedia call tow truck... dulu kerja kat luar KL takde nak pikir pasal benda nih... biler dah kat kerja tengah KL nih... benda benda ni kena la di amik tau... boleh dengar bunyi hon dok dibunyikan oleh pemandu pemandu yang tengah kepanasan dalam kereta... atau yang tengah panas hati tak boleh nak gerak gerak dari tadi... pasal panas jugak ler yang sebabkan jerebu dan sebab jerebu depa tembak hujan... dan pasal hujan jugak hati orang orang yang bawak kereta kat KL ni panas... ehhh.. dah macam satu life cycle pulak ekkk.. okay laa.. banyak beno aku cakap... nak ilangkan boring dan panas kat office nih... bila la nak hujan pulak kat office nih... sejuk sikit aku yang panas ni....

Diari Seorang Lelaki - Pretty Ugly









EADGBE
Asus : X02230

Bm E A
Dari semalam ku tunggu
F#m E Bm
Fikir kau pulang ke pangkuanku
E A
Ku dengarkan lagu cinta
F# A Bm
Pilihan terbaik kita
E A
Ku mainkan cd berulang
F#m E Bm
Lupakan segala ucapan
E A
Perpisahan yang kau pinta

Bm E A F#m
Benar dikau ku cinta setiap detik ku puja
A Bm E A F#m A
Kau sering perhatiku sambil belai rambutmu
Bm E A F#m
Tak ingin aku lupa kenangan yang tercipta
A Bm E A
Belikan aku diari ku tulis setiap hari

Bm E A F#m E Bm
Terjaga dari tidurku terima panggilan dari jauh
E A F# A Bm
Katakan saja kau rindu setahun ku hilang arah
E A F#m E Bm
Ku tempahkan tiket sehala malam ini kitakan bertemu
E A
Tunggu di bawah lampu

A Bm
Bercinta, berkasih bagai Adam dan Hawa
A Bm
Bergaduh, selisih buat kita sempurna
A Bm
Janganlah dipendam luahkan perasaan
A Bm E
Tiada benci, iri hati itulah destinasi

Komen evildead :
Lagu ni di gubah dengan kemas dengan muzik blues yang cukup teratur. Ada unsur-unsur macam lagu black masa nyanyi ramai-ramai yang buatkan lagu nih lagi berkesan. Suara neves menyanyi cukup relax, sehingga orang ingat lagu nih senang dinyanyikan, hakikatnya, suara neves lain dari yang lain, memang aku respek suara mamat nih....

Bermulanya blog ini




Aku suka menghibur... menghibur... dan cuba menghibur walaupun kadangkala aku sendiri tak terhibur dgn hiburan yang aku sampaikan... Hiburan yang macam mana... entah aku pun tak tahu... aku suka muzik... suka mainkan lagu-lagu yang aku rasa sedap pada aku... tapi tak tentu sedap pada orang lain... so... aku rasa.. blog nih... aku akan lebih tumpukan pada tab dan lagu sepanjang aku mainkan... niat di hati nak buat lagu sendiri... tapi tu nanti nanti lah.... kalau blog nih berhasil... boleh kut aku kongsi dgn pembaca apa yang aku dah buat... takper... kalau ada kelapangan... InsyaAllah aku masukkan lagi aper aper yg patut pada aku kat dalam blog nih... aku tak tau nak cerita apa sebenarnya... tapi tu lah... blog nih akan lebih pada tab tab lagu yg pernah aku main yang aku dapat daripada website lain... atau yg aku carik sendiri... tu jer buat masa nih... banyak lagi mender aku nak buat kat office nih....