Friday, January 19, 2007

Koleksi lagu 60an - A. Halim, A. Ramlie dan Jefridin

Seruling Anak Gembala - Jefridin



Di lembah sungai nan indah
Terdengar suara memecah
Melayang bunyi seruling
Kala senja hening

Gembala meniup lagu
Berteduh di rumpun bambu
Dengan tak merasa jemu
Menghiburkan rindu

( korus )
Sawah luas terbentang
Hijau nan mengawan
Jauh pandangan
Di situ tempat permainan

Di situ tempat dilahir
Di mana aku dan dia
Memadu kasih asmara
Akhirnya berpisah

( ulang dari korus )

Komen Aku : Sorry... aku malas nak taruk chord... sebab aku pakai agak jer masa main...



Oh Fatimah - A. Ramlie

Intro : Em D C B 2X

Em B
Oh Mas Ayu Fatimah nan ayu
Am Em
Parasnya indah suara merdu
Am Em
Senyum membawa hati rindu
B
Buat jiwa bimbang ragu



Em B
Oh Fatimah gadis Palembang
Am Em
Pinggangnya ramping leher jinjang
Am Em
Pakainya cantik istimewa
B Em
Budi bahasa sungguh indah



B Em
Oh Fatimah gadis ayu
D Am B C B
Indah sungguh parasmu Mas Ayu
Am Em
Kasih mesramu menawanku
B Em
Membelai harapanku



Em B
Oh Fatimah gadis manja
Am Em
Membawa hatiku yang mesra
Am Em
Bilakah masa kan bersua
B Em
Rasa cinta hidup ria

Komen Aku: Oh Fatimah nih... antara lagu yang aku suka la... sebabnya kalau takde Oh Fatimah... aku pun tak wujud kut... anyway... kepada Puan Fatimah Mahfudz... terima kasih atas segala pengorbanan


Kisah dan Tauladan - A. Halim




Kisah Dan Tauladan - A. Halim

Semenjak kita berpandangan
Mata bertemu menggoda kalbu
Hingga menjadi satu impian
Bergelora satu harapan



Puas sudah ku renungi
Wajahmu manis umpama dewi
Kian membara di hati ku
Sama jua di hati mu

( korus )
Sedikit tidak aku menyangka
Bahawa diri ku insan biasa
Tak sempurna dan berharta
Ingin memetik wahai mu bunga

Aku berserah pada Tuhan
Agar diri ku kau lupakan
Memang sudah jadi suratan
Kisah yang lalu jadi tauladan

( ulang dari korus )

Komen Aku : Sekali lagi.. aku tak taruk chord... main ikut sedap telinga jer... sorry la ekkk...

No comments: